Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan, kelestarian

dan kecemerlangan UTeM melalui pengurusan pengkomersialan penyelidikan dan

produk inovasi lebih fokus, cekap, teratur, berkualiti dan profesional.

 

 

BERITA DAN PERISTIWA

 

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Wira/Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

JOM SERTAI KARNIVAL INOVASI UTeMEX 2021 VIRTUAL

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) akan menganjurkan Karnival Inovasi UTeMEX 2021 yang mana ianya merupakan Expo Penyelidikan & Inovasi UTeM yang ke-6. Penganjuran UTeMEX 2021 ini akan diadakan secara dalam talian (virtual) seiring dengan norma baharu yang telah disarankan oleh Kerajaan Malaysia, dan diadakan pada 18 Ogos 2021 - 8 Disember 2021.

 

3.       Setiap penyertaan berpeluang memenangi hadiah seperti maklumat berikut:

 Sijil Penyertaan & Pingat Anugerah (Emas, Perak & Gangsa)

 Sijil & Plak Anugerah Khas (Bagi 9 kategori inovasi)

Hadiah Wang Tunai & Sijil (Bagi Johan, Naib Johan & Tempat Ketiga setiap kategori)

 

4.      Peserta perlu menyediakan poster dan video mengenai produk penyelidikan/inovasi dalam bentuk softcopy serta memuatnaik pautan poster, video produk penyelidikan dan dokumen sokongan jika ada (melalui pautan YouTube/Google Drive) di dalam Sistem Pendaftaran UTeMEX 2021: https://utemex.utem.edu.my/register/index.php 

 

5.         Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, sila layari,

             https://utemex2021.utem.edu.my/ 

         ️ Ts. Dr. Norfariza binti Ab Wahab - +606-2704183 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

             Tinta Firmannika Selamat - +6019-6067667 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

* Jom Sertai Kami. Jangan lepaskan peluang untuk terlibat di dalam UTeMEX 2021.

 

Sekian dan terima kasih 

 

 

 

 

 MTE 2021 ( COVID-19 INTERNATIONAL INNOVATION AWARDS II )

 

 

 

 

 

CITREx 2021

 

 

ITEX2021


Autikits


MUETLex

MONTAJ



MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PINGAT

Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) telah mengadakan sesi ringkasan untuk penyampaian sijil dan pingat untuk pameran ITEX 2020 Online dan MTE 2020 Edisi Khas Covid-19 di Bilik Jamuan Utama, Aras 5, Bangunan Canselori Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 23 Disember (Rabu)

Majlis disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka Prof Datuk Wira Raha Abdul Rahim. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr. Ghazali bin Omar, Profesor Madya Dr. Muhammad Herman bin Jamaluddin, Pengarah Pusat Pengkomersialan, serta para penyelidik yang terlibat. Objektif majlis ini adalah untuk meraikan dan menghargai para penyelidik yang menang dalam pertandingan ini. Melalui upacara ini juga dapat memberi inspirasi kepada penyelidik untuk meningkatkan kualiti produk dan dapat dikomersialkan pada masa akan datang.

 

 


 

JEJAK INOVASI UTEM 2020

Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) telah menganjurkan Jejak Inovasi UTeM 2020 yang bertempat di Perpustakaan Laman Hikmah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada hari Rabu, 2 Disember 2020.

 

      Seminar ini bertujuan untuk menyaring inovasi berkualiti yang akan dihantar bagi pihak UTeM ke pameran pertandingan dalam dan luar negara sepanjang tahun 2020. Objektif seminar ini adalah untuk mendedahkan para penyelidik UTeM kepada situasi semasa dan bidang keutamaan produk penyelidikan dan inovasi. Peserta juga dapat meningkatkan jumlah penyertaan inovasi yang mencapai kemenangan 100%. Melalui seminar ini juga, dapat meningkatkan pingat emas dan anugerah khas untuk memenuhi keperluan MyRA.


ITEX2020


 

SEMINAR PEMANTAPAN ILMU SIRI 4/2020

    Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) telah menganjurkan Sesi Peningkatan Pengetahuan (SPI), siri 4 di Dewan Seminar FKEKK, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada hari Rabu 14 Oktober 2020 , yang berjudul "Kepentingan Kekayaan Intelektual: Apa yang Perlu Kita Ketahui".

    Tujuan penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pengetahuan dan maklumat kepada semua penyelidik UTeM, terutama kepada penyelidik CETRI. Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi lebih banyak pemahaman kepada penyelidik yang berkaitan dengan kepentingan harta intelek terhadap sesuatu inovasi. Peserta juga didedahkan dengan proses permohonan yang berkaitan dengan Paten, Hak Cipta, Tanda Dagangan dan Reka Bentuk Industri. Melalui seminar ini, para peserta juga dapat mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai kepentingan harta intelek.

    Dalam hal ini, UCC juga berharap setiap penyelidik dapat mengemukakan borang permohonan untuk setiap inovasi yang dihasilkan melalui UCC.


SEMINAR "KESEDARAN HARTA INTELEKTUAL" CoE-CeRIA

    Pada 7 Oktober 2020, Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC), Pusat Automotif Robotik dan Industri (CeRIA) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), menganjurkan seminar bertajuk "Kesedaran Harta Intelek CoE-CeRIA" di Bilik CLEAR, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

      Tujuan seminar ini adalah untuk memberi maklumat kepada anggota CeRIA mengenai kepentingan harta intelek dan proses permohonan yang berkaitan dengan Paten, Hak Cipta, Tanda Dagangan dan Reka Bentuk Industri. Bukan hanya itu, seminar ini juga dapat membantu meningkatkan lagi pencapaian bahagian inovasi MyRA khususnya.

      Dengan seminar ini, ahli CeRIA dapat meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kepentingan harta intelek terhadap produk yang telah dihasilkan. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan proses permohonan yang berkaitan dengan Paten, Hak Cipta, Tanda Dagangan dan Reka Bentuk Industri dengan lebih teratur.

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5



    BENGKEL "ROUTE TO SPIN-OFF"

         Pada 23 September 2020, Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) telah mengadakan Bengkel "Route To Spin-Off" di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh Melaka.

        Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf akademik yang berminat untuk menubuhkan syarikat dan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan inovasi mereka. Bukan hanya itu, program ini juga merupakan salah satu inisiatif UCC untuk mengambil langkah dalam memfasilitasi peserta dalam usaha mengkomersialkan teknologi yang dibuat.

      Dengan bengkel ini, peserta UTeM dapat meningkatkan pengetahuan mereka mengenai komponen kerangka penubuhan syarikat termasuk model pengkomersialan dan laluan pengkomersialan, jenis perniagaan, penyelidikan pasaran dan penilaian teknologi. Peserta juga didedahkan tentang pentingnya mengembangkan rancangan perniagaan yang baik. Melalui bengkel ini juga, para peserta telah menyiapkan dan mempersembahkan Kanvas Model Perniagaan untuk produk dan teknologi mereka.

        Pada kesempatan itu, UCC berharap agar niat untuk menubuhkan syarikat spin-off ini dapat direalisasikan dalam membantu meningkatkan kegiatan pengkomersialan UTeM sehingga produk tersebut dapat memberi dampak pada masyarakat dan industri.

     

    • Picture1
    • Picture2
    • Picture3
    • Picture4
    • Picture5
    • Picture6
    • Picture7
    • Picture8


      MTE 2020 (MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO)

      Assalamualaikum and Salam Sejahtera,

                 Dimaklumkan bahawa MTE2020 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari 2020 telah menutup tirainya semalam. UTeM menyerahkan sebanyak 15 penyertaan dengan memperoleh 100% pingat.

      Pencapaian pingat adalah seperti berikut:

      • 1 Anugerah Khas (Euro Business Haller Poland)
      • 5 Pingat Emas
      • 7 Pingat Perak
      • 3 Pingat Gangsa

      UCC ingin mengucapkan tahniah kepada semua penyelidik dan Pengurusan UTeM atas komitmen dan kerjasama mereka dalam mencapai kejayaan ini.

        

      • MTE-2020-1

        MTE-2020-1

      • MTE-2020-2

        MTE-2020-2

      • MTE-2020-3

        MTE-2020-3



        SEMINAR PEMANTAPAN ILMU SIRI 3/2020 - "TALK ON COPYRIGHT - STEP BY STEP"

        Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Y.Bhg. Prof./Prof. Profesor Madya / Dr. / Tuan / Puan.

        Dimaklumkan bahawa Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Ilmu Siri 3/2020. Seminar yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Muhammad Herman Bin Jamaluddin (Pengarah Pusat Pengkomersialan) telah diadakan untuk semua ahli akademik UTeM mengikut ketetapan berikut:-

        Tarikh      :           6 Februari 2020 (Khamis)

                    Tempat    :           Bilik Recap, Aras 2, Bangunan FTMK

                     Masa     :           2.30 petang - 5.00 petang      

        Objektif seminar ini adalah untuk memberi pemahaman kepada penyelidik UTeM yang berkaitan dengan proses permohonan pendaftaran harta intelek.

        Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg. Prof./Prof. Profesor Madya / Dr. / Tuan / Puan. yang mengambil bahagian dalam taklimat dan komitmen yang telah diberikan.

        Sekian. 

         

        • SPI-Siri-3-2020-1

          SPI-Siri-3-2020-1

        • SPI-Siri-3-2020-2

          SPI-Siri-3-2020-2

        • SPI-Siri-3-2020-3

          SPI-Siri-3-2020-3

        • SPI-Siri-3-2020-4

          SPI-Siri-3-2020-4

        • SPI-Siri-3-2020-5

          SPI-Siri-3-2020-5