BERITA & PERISTIWA

 

  • SPI-Siri-2-2020-1

    SPI-Siri-2-2020-1

  • SPI-Siri-2-2020-2

    SPI-Siri-2-2020-2

  • SPI-Siri-2-2020-3

    SPI-Siri-2-2020-3

  • SPI-Siri-2-2020-4

    SPI-Siri-2-2020-4

  • SPI-Siri-2-2020-5

    SPI-Siri-2-2020-5

     

    SEMINAR PEMANTAPAN ILMU SIRI 2/2020 – “INNOVATION PITCHING” – TIPS MEMENANGI PINGAT EMAS

    Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

     

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengkomersilan (UCC) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Ilmu Siri 2/2020. Seminar tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPS dan penceramah jemputan kami ialah Ir. Dr. Mohd Farriz bin Hj. Md. Basar, Timbalan Dekan (Pendidikan & Jaringan Industri) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Seminar ini dianjurkan khas kepada penyelidik UTeM yang akan ke pertandingan MTE 2020 khususnya dan terbuka kepada staf dan penyelidik yang berminat seperti butiran berikut:-

    Tarikh              :           6 Februari 2020 (Khamis)

                Tempat            :           Bilik Mesyuarat Utama, PPS

                Masa               :           9.00 pagi – 12.00 tengah hari       

    Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan & kemahiran berkaitan teknik mempersembahkan produk dan kaedah persediaan untuk MTE 2020.

    Pusat Pengkomersilan (UCC) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang menyertai taklimat serta komitmen yang telah diberikan.

     

    Sekian.

    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     

    • SPI-Siri-1-2020-1

      SPI-Siri-1-2020-1

    • SPI-Siri-1-2020-2

      SPI-Siri-1-2020-2

    • SPI-Siri-1-2020-3

      SPI-Siri-1-2020-3

    • SPI-Siri-1-2020-4

      SPI-Siri-1-2020-4

       

      SEMINAR PEMANTAPAN ILMU SIRI 1/2020 – PERSEDIAAN KE MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2020

       

      Adalah dimaklumkan Pusat Pengkomersilan (UCC) telah menganjurkan Taklimat Anugerah dan Persediaan MTE 2020. Program tersebut telah berlangsung pada 23 Januari 2020 (Khamis) di Bilik Mesyuarat PPPK. Seminar ini disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Muhammad Herman bin Jamaluddin, (Pengarah Pusat Pengkomersilan). Seminar ini adalah berkaitan kaedah untuk memenangi pingat semasa pertandingan inovasi tersebut. Dengan itu, diharapkan agenda program ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada barisan penyelidik UTeM dalam mencapai kejayaan di MTE 2020.

                  Di kesempatan ini juga, pihak Pusat Pengkomersilan (UCC) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang menyertai taklimat atas kerjasama erat serta komitmen baik yang telah diberikan.

       

      Perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Ir./Ts./Dr./Tuan/Puan terhadap perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

       

      Sekian.

       

      --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

       

       

       JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL INOVASI UTeMEX 2019

       

      Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) akan menganjurkan  Karnival Inovasi UTeMEX 2019 yang mana ianya merupakan Expo Penyelidikan & Inovasi  UTeM yang ke-5. Penganjuran pada tahun ini akan bertemakan“Humanizing Technologies in Digital Era”.

       

      Penganjuran UTeMEX setiap 2 tahun sekali ini akan memberi ruang dan peluang kepada para penyelidik & pelajar dari universiti awam & swasta, politeknik, kolej komuniti, kolej kemahiran tinggi dan juga pelajar sekolah untuk mempamerkan hasil produk penyelidikan & inovasi bagi bersaing untuk mendapatkan pingat. Ia juga merupakan merupakan wadah bagi pertandingan inovasi peringkat dalaman yang mana di kalangan penyelidik-penyelidik UTeM yang bertanding akan diangkat ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa mengikut kelayakan dan pencapaian.

       

      Selain daripada itu, pelbagai akiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi karnival seperti aktiviti pemadanan bisnes, penganjuran seminar berkaitan sumber dana inovasi, pra pengkomersilan & pengkomersilan dan juga penyertaan daripada usahawan food truck. Kehadiran pelajar-pelajar sekolah dari sekitar Negeri Melaka juga turut memeriahkan karnival yang telah diadakan.

       

      Justeru itu, UCC dengan sukacitanya ingin menjemput Y.Bhg Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai Karnival Inovasi UTeMEX 2019 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

       

                  Tarikh            :           9 - 10 Oktober 2019 (Rabu – Khamis)

                  Tampat          :           Dewan Canselor UTeM

                  Masa              :           9.00 pagi – 5.00 petang       

       

      Karnival Inovasi UTeMEX 2019 ini wajar dijadikan pilihan utama kepada para penyelidik dan pelajar untuk mempamerkan dan mempromosi hasil produk penyelidikan dan inovasi meraka. Ia juga akan menjadi wadah rasmi UTeM bagi menghimpunkan para penyelidik dan industri serta agensi-agensi yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan bidang kepakaran. Himpunan kepakaran ini akan memperlihatkan kepelbagaian hasil cipta dan reka bentuk produk penyelidikan yang terkini. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM350.00.

       

      Untuk pertanyaan lanjut, Y.Bhg Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi pihak urus setia seperti berikut:

       

                  Encik Tinta Firmannika Selamat                              : 06-2701295

                  Puan Honey Amalina Luqman Ul-Hakim Ng           : 06-2701293

                  Cik Ernihazra Md Johan                                           : 06-2701296

                 

      atau sebarang pertanyaan berkaitan penyertaan boleh menghubungi Jawatankuasa Pendaftaran & Penyertaan : Dr. Wira Hidayat Mohd Saat : 06-2702394.

       

      PENDAFTARAN boleh dibuat melalui http://utemex.utem.edu.my/register dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 September 2019 (Jumaat)Maklumat terkini boleh didapati di lama web rasmi program - http://utemex2019.utem.edu.my/.

       

      Sekian, terima kasih.

      Senarai Pemenang Special Award UTeMEX 2019

       

      --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

       

      Assalamualaikum dan salam sejahtera, YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan, adalah dimaklumkan bahawa Pameran Penyelidikan Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREx 2019) Anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi PENCAPAIN PENYELIDIK UTeM CITREX 2019 telah berlangsung pada 12 hingga 13 Februari 2019 bertempat di Kompleks Sukan, UMP Kampus Gambang.


      UTeM telah menghantar 3 penyertaan produk inovasi untuk dipertandingkan serta dipamerkan sepanjang
       CITREx 2019 berlangsung. Berikut adalah senarai pingat dan anugerah yang berjaya dirangkul oleh penyelidik UTeM:

       

      Bil

      Nama Produk

      Nama Penyelidik

      Fakulti/COE

      Pingat

      Anugerah Khas

       

      1.

       

      Green chromic tool

       

      Prof Madya Ir. Dr. Hadzley Bin Abu Bakar,

       

      Ts. Norfauzi Bin Tamin, Prof. Madya Dr. Umar Al-Amani Bin Azlan,

       

      Muhammad Naim Fahmi Mokhtar, Muhamad Naim Fahmi Bin Abd Manap,

       

      Dr. Norfariza Binti Ab. Wahab

       

       

      FKP / AMC

       

      Emas

       

      Automotive Excellent Award

       

      2.

       

      MUETlex

       

      Dr. Noorli Binti Khamis,

       

      Dr. Halizah Binti Basiron,

       

      Dr. Lee Mei Ph’ng,

       

      Mashanum Binti Osman, Mohd Hariz Bin Naim @ Mohayat,

       

      Razilah Abdul Rahim,

       

      Nurhidayah Binti Abdul Bareed

       

       

      PBPI / CTED

       

      Emas

       

       

      3.

       

      Strained Muscles Pes Planus Fat Footed Discomfort Solution

       

      Dr. Zulkeflee Bin Abdullah,

       

      Prof. Madya Dr. Mariam Binti Ghazaly,

       

      Prof. Madya Dr. Raja Izamshah Bin Raja Abdullah,

       

      Prof. Madya Dr. Shajahan Bin Maidin,

       

      Dr. Mohammad Kamil Bin Sued

       

       

      FKP / AMC

       

      Perak

       

       

       

       

      *****************************************************************

       

       

      Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengkmersilan (UCC) akan menganjurkan Bengkel "Patent Novelty Search" pada 14 FEB 2019, bermula pada jam 8.30 PAGI - 5.00 PETANG. Bengkel tersebut bertempat di Bilik Latihan 2, PPKK dan penceramah jemputan kami ialah MR. MOHAN K ADASTA IP (M) SDN.BHD. Sasaran kami adalah TERHAD KEPADA 40 PENYELIDIK UTeM (DIWAJIBKAN KEPADA PENYELIDIK UTeM YANG AKAN KE PERTANDINGAN ITEX 2091, PECIPTA 2019 & PEMOHON YANG TELAH MEMBUAT PERMOHONAN PATEN). CPD bagi bengkel tersebut adalah PEMBELAJARAN (2 MATA).

      Obektif kami mengadakan bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan & kemahiran berkaitan teknik carian paten dan kaedah persediaan untuk mempertahankan permohonan paten. Sehubungan itu, pihak UCC menyeru kepada semua warga akademia UTeM supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan menghadiri program berkenaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pemfailan harta intelek. Kepada yang berminat, Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh mendaftar melalui email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (nama, no. staf, fakulti & no. telefon) pada atau sebelum 8 Februari 2019 (Jumaat) untuk tindakan pihak kami selanjutnya. Penyelidik yang bercadang untuk membuat permohonan Harta Intelek (IP) di WAJIBKAN HADIR ke bengkel ini sebelum menghantar borang permohonan.

       

               

       
      Tahniah diucapkan kepada para Penyelidik UTeM di atas pencapaian tersebut dan semoga dengan pencapaian serta pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi UTeM serta memartabatkan nama UTeM di persada antarabangsa.