Ir. Ts. Dr. Ranjit Singh A/L Sarban Singh
Pengarah
Pusat Pengkomersilan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

KATA ALUAN PENGARAH

 

Salam Sejahtera,

Dunia akademik hari ini adalah semakin tercabar dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang boleh dikomersilkan dan dimanfaatkan oleh industri dan masyarakat. Seiring dengannya, UTeM perlu berusaha keras untuk mendepani proses tersebut agar dapat memastikan kejayaan, kelestarian dan kecemerlangan UTeM menerusi pengurusan pengkomersilan produk penyelidikan dan inovasi lebih terfokus, efisien, teratur, berkualiti dan professional.

Sebagai sebuah Universiti Teknikal, UTeM meletakkan aspek inovasi dan kreativiti sebagai agenda perdana dalam menjayakan pelan transformasinya untuk menjadi sebuah universiti di barisan hadapan dunia menjelang 2025 bagi menyediakan infrastruktur dan satu sistem inovasi yang kondusif dan berkesan.

Tujuan Pusat ini adalah untuk menjadi jendela kepada industri dan masyarakat untuk melihat hasil inovasi penyelidik dengan lebih dekat. Secara zahirnya, UTeM menjanjikan ruang penerapan intelektual yang amat luas umpama tiada bersempadan, sambil didokong oleh asas penyelidikan yang mampan serta penemuan demi penemuan terbaru. Segalanya dipantau secara dekat oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ghazali bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTeM.

Tegar di bawah kepimpinan saya, pembangunan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi teras ditingkatkan ke arah tanda aras Universiti bertaraf dunia melalui pembudayaan pengkomersilan dan pembangunan hasil penyelidikan berkualiti serta menggalakkan penghasilan inovasi baru yang mantap dan komprehensif.