Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


YBhg. Datuk Wira/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

KEPUTUSAN PENCAPAIAN PENYELIDIK UTeM DI KARNIVAL INOVASI UTeMEX 2019


Adalah dimaklumkan bahawa Karnival Inovasi UTeMEX 2019 telah berlangsung pada pada 9-10 Oktober 2019 bertempat di Dewan Canselor, UTeM dan kemuncak kepada program ini adalah Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh   YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

 

Penganjuran UTeMEX 2019 kali kelima ini menjadi wadah inovasi dalaman yang juga akan diangkat ke penyertaan pertandingan peringkat lebih tinggi di luar UTeM. Pertandingan ini melibatkan sebanyak 179 penyertaan yang disertai oleh penyelidik di peringkat dalaman UTeM, Universiti Awam dan Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, ILP, Kolej Profesional MARA, Kolej Vokasional dan juga sekolah. Penglibatan sekolah-sekolah adalah untuk menggalakkan budaya STEM di kalangan pelajar sekolah. Produk-produk inovasi tersebut telah dipertandingkan mengikut enam kategori iaitu Emerging Technology, System Engineering, Human – Technology Interaction, Green Technology, Open Category dan Young Inventor.

 

Untuk makluman YBhg. Datuk Wira/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, pecahan penyelidik UTeM yang  telah memenangi pingat adalah seperti berikut:-

 

COE

EMAS

PERAK

GANGSA

TIDAK BERMEDAL

JUMLAH

AMC

1

     

1

C-ACT

4

8

11

3

26

C-TED

2

2

5

4

13

CARE

6

4

7

 

17

CERIA

4

6

12

 

22

CETRI

4

11

1

 

16

COSSID

5

12

8

1

26

 

26

43

44

8

121

 

Keputusan penuh: GoldSilverBronze & Special Award

 

Ucapan sekalung penghargaan dan tahniah di atas kejayaan serta penglibatan para penyelidik.  Semoga martabat penyelidikan dan inovasi UTeM dapat terus diangkat sehingga ke peringkat antarabangsa.

 

Syabas !


"KECEMERLANGAN MELALUI PENYELIDIKAN"
"MERINTIS TEKNOLOGI MENDATANG"

b.p  Pengarah 

Pusat Pengkomersilan UTeM

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)